Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 18 Disember 2011

10 Misteri Yang Belum Terjawab


1.      Haiwan Di dalam Batu
Pada 1821, ketika memecahkan sebuah batu besar, seorang tukang telah menemui seekor cicak terlekat di dalam batu tersebut. Cicak yang disangka telah mati itu didapati hidup semula setelah 5 minit terdedah dengan udara. Sejak itu, penemuan lain seperti katak turut direkodkan dan ada juga haiwan yang masih hidup setelah dikeluarkan. Ini menimbulkan persoalan: Bagaimana haiwan-haiwan itu masuk ke dalam batu dan kekal hidup? Bagaimana batu boleh mempunyai kesan bentuk haiwan tersebut? Dan berapa lama haiwan itu telah berada di dalam batu tersebut?




2.      Kecacatan Binatang Ternakan
Pada 1990, C.E. Potts, seorang penternak, terkejut apabila mendapati haiwan ternakannya telah kehilangan organ pembiakan, mata dan bulu mata. Kecacatan haiwan itu menjadi tanda-tanya kerana semua organ itu dikeluarkan dengan sempurna dan langsung tiada kesan pemangsa dan darah di kawasan berdekatan. Kejadian ini mula direkodkan apabila semakin banyak kes yang sama berlaku di sekitar Minnesota dan Kansas. Teori yang dikaikan dengan kes-kes ini ialah  ajaran sesat, makhluk asing, eksperimen rahsia kerajaan US (kemunculan helikopter hitam di tempat penemuan haiwan) dan wabak merbahaya.




3.      Dengungan Misteri
Penduduk di Britain dan sebahagian barat daya US telah membuat aduan tentang bunyi dengungan yang tidak pernah hilang. Para pengkaji pula gagal mencari punca bunyi yang telah menyebabkan penduduk-penduduk di dua kawasan itu sukar tidur, mengalami gangguan kesihatan dan tumpuan. Kes yang paling popular ialah Dengungan Taos yang berlaku dia Taos, New Mexico pada 1993 yang mendorong Kongress Amerika membuat rayuan agar punca dengungan itu dicari secepat mungkin. Namun hingga ke hari ini, punca dengungan itu masih lagi menjadi misteri. Satu teori yang boleh diterima ke hari ini ialah kaitan dengungan itu dengan sistem komunikasi tentera semasa menghubungi kapal selam.




4.      Bebola Kilat
Pada Januari 1984, bebola kilat berdiameter empat inci memasuki ruang pesawat penumpang Rusia dan terbang di atas penumpang. Ekor bebola kilat itu berpecah kepada dua dengan bentuk bulan sabit sebelum bersambung semula dan terus keluar dari pesawat itu. Ia meninggalkan dua lubang pada dinding pesawat. Apa yang menghairankan, bebola itu seolah-olah bijak mengelak dari melanggar sebarang objek di hadapannya. Rekod lain tentang bebola ini juga mengatakan ada kalanya ia meninggalkan lubang pada objek yang dilanggar dan ada juga langsung tidak meninggalkan sebarang kesan.




5.      Cahaya “Hantu”
Fenomena ini pernah dikaitkan dengan bebola kilat tetapi tiada bukti kukuh perkaitan kedua-duanya. Kes paling popular ialah Marfa Light yang berlaku di Marfa, Barat Texas. Cahaya misteri ini boleh dilihat hampir setiap malam sejauh 15 batu selama beberapa generasi. Ia mula menjadi misteri apabila penyiasat gagal mengesan cahaya itu apabila mendekatinya. Cahaya “hantu” lain yang popular ialah The Tri-State Spooklight berdekatan sempadan Oklahoma, Kansas dan Missouri. Teori yang selalu dikaitkan ialah aktiviti makhluk asing, logamaya dan kewujudan hantu.





6.      Awan Aneh
Pada September 1814 di Agen, Perancis, kemunculan awan berbentuk sfera yang berpusing dan bergerak laju menjadi tanda-tanya penduduk di situ. Menurut mereka, ketika itu cuaca cerah dan tiba-tiba awan tersebut muncul, menghasilkan bunyi guruh lalu menghujankan batu-batu kecil. Awan itu kemudian bergerak perlahan-lahan meninggalkan pekan kecil itu. Di Oyster Bay, Long Island pula, seorang lelaki diserang oleh “spitting cloud”. Hingga kini masih tiada jawapan untuk kes-kes sebegini.




7.      Hujan Ikan
Kes yang paling menarik berlaku ketika musim panas 2000 di Ethiopia apabila berjuta-juta ikan tiba-tiba jatuh dari langit. Ini pernah direkodkan oleh pengkaji paranormal, Charles Fort yang turut merekodkan kejadian hujan katak, siput malah buaya yang pernah berlaku. Fenomena ini dikatakan berpunca dari angin yang kuat telah menarik haiwan kecil dari kawasan berair sebelum dijatuhkan di tempat yang berbatu-batu jauhnya. Cuma yang menjadi persoalan, mengapa hanya sejenis haiwan sahaja yang ditarik oleh angin tersebut bagi setiap kes?




8. “Crop Circle”
Fenomena ini semakin dikaitkan dengan manusia kerana ramai yang mengaku membuat “crop circle” tersebut. Tetapi masih ada yang percaya ia mempunyai kaitan dengan fenomena yang sukar dijelaskan kerana terdapat ‘crop circle’ yang mempunyai persamaan: tangkai yang dianyam, perubahan pada struktur tangkai dan kejadian pelik yang berlaku kepada pengkaji seperti peralatan tidak berfungsi, kesan pada fizikal dan pendengaran.




9. Letupan Tunguska
Setelah 90 tahun kejadian letupan di Tunguska, Siberia berlaku, ia masih menjadi bencana alam yang paling misteri. Pada 30 Jun 1908, satu bola api yang dianggarkan 1000 kali lebih kuat dari bom atom Hiroshima menghentam bumi melibatkan satu kawasan sebesar 2,150 km persegi. Kejadian ini bukan sahaja memusnahkan tumbuhan di situ, malah kebakaran di situ kekal selama berminggu-minggu dan bunyi hentaman itu boleh didengar dari tempat yang jauh. Teori yang dikaitkan dengan kejadian itu ialah letupan meteor atau UFO yang mempunyai reaktor nuklear, hentaman komet dan senjata berkuasa ciptaan Nikola Tesla yang tersalah sasaran.





10. “Rods”
“Rods” pertama kali ditemui oleh pembuat filem, Jose Escamilla apabila dia ternampak objek panjang terbang dalam filem yang sedang dirakam di beberapa lokasi. Objek ini hanya boleh dilihat melalui rakaman yang telah diperlahankan kerana ia bergerak terlalu laju untuk dilihat dengan mata kasar. Menurut Escamilla, objek ini berbentuk silinder yang terbang dengan kelajuan tinggi dan seolah-olah hidup ketika terbang di udara. Ia mempunyai sayap dan badannya membengkok ketika terbang.













SEDIKIT CERITA BERKENAAN KERJASAMA DENGAN PENJAJAH BRITISH DALAM MASA PERANG ANTI-JEPUN




Sebenarnya British adalah musuh kita. Setelah kaum fasis Jepun menduduki Malaya, maka kita telah bekerjasama dengan kaum imperialis British, bersama-sama melawan pencerobohan fasis Jepun. Sebenarnya imperialis British juga di pihak Berikat. Maka bagaimana caranya kita gunakan pertentangan antara British dan Jepun, bagaimana pula kita berhubung dengan pihak British untuk melawan fasis Jepun, cerita konkritnya begini:

Pada masa itu kaum imperialis British hendak menyerang balas dan kembali ke Malaya. Oleh sebab itu mereka ada rancangan hendak menggugurkan pasukan-pasukan dan senjata-senjata di merata tempat di Malaya. Maka di dalam parti kita pada masa itu telah mengadakan satu sidang kader-kader peringkat tinggi iaitu pada bulan September tahun 1944. Pada masa itu salah seorang kader iaitu Kawan Pan Sao Siong telah membuat lagu sambutan (yang sekarang kita nyanyikan) untuk menyambut wakil-wakil daripada seluruh Malaya. Inilah sejarah lagu sambutan.

Pada masa itu, di dalam sidang itu Kawan Chen Ping juga menghadiri persidangan ini kerana beliau adalah Stet Komiti di Perak. Di dalam sidang ini telah banyak membuat keputusan-keputusan termasuklah keputusan tentang menghantar orang-orang kita untuk berhubung dengan British agar dapat memperoleh senjata-senjata daripada pihak British. Sebenarnya kawan-kawan, kita ada hubungan dengan British itu bukan pada masa itu sahaja, tetapi dari mula lagi, mula perang anti-Jepun lagi sudah ada hubungan, umpamanya baru sahaja Jepun menceroboh Malaya, telah kita berunding dengan pihak British. British pun membebaskan hampir 200 orang kawan-kawan kita, maka kita pun hantar ramai kawan pergi menghadiri Sekolah Latihan Khas 101, Sekolah latihan militer yang diadakan oleh kaum imperialis British di Singapura untuk melatih kader-kader militer kita. Pada masa itu kita telah hantar 4 gerup kawan-kawan untuk berlatih di dalam sekolah 101 dan seratus orang lebih telah dilatih.

Setelah Malaya jatuh ke dalam tangan fasis Jepun, maka pihak British meninggalkan Malaya, mereka pun hantarlah beberapa rombongan orang-orangnya masuk ke Malaya. Salah satu rombongan diketuai oleh Che Man, dia membawa 50-60 orang masuk ke Malaya untuk melakukan perang pengrosakan. Mereka berangan-angan hendak bergerila juga, akan tetapi akhirnya habis mati tinggal Che Man seorang dan seorang lagi manager estet. Che Man dengan manager ini pun pergilah mencari kawan-kawan kita. Mereka bertemu dengan Kawan Si Chien Piao, Komisaris Rejimen Pertama dan juga kawan Chen Tian Ching Ketua Rejimen Pertama kerana kawan-kawan ini adalah murid kepada Che Man, sebabnya di dalam sekolah 101 Che Man menjadi guru besar di sana. 

Chek Man pun memberitahu Kawan Si Chien Piao dan kawan Chen Tian Ching, katanya di Pahang mereka ada menyimpan senjata, bom tangan, 2 laras tomy, 4 laras raifel dan sejumlah ubat ledak. Lepas itu Kawan-kawan pergilah bersama-sama dengan mereka untuk mengambil senjata-senjata itu. Sewaktu pergi mereka berjalan kaki, waktu balik mereka tak mahu berjalan, tapi kawan-kawan ada kerja mendesak, balik dahulu; tinggal 2 orang di sana dijaga oleh kawan-kawan. Tetapi yang dikatakan manager tadi itu tak mahu berjalan, dia buat sakit, nak kawan kita kandar. Kemudian kawan kita buat berita mengatakan musuh nak menyerang, terpaksalah dia berjalan. 

Berjalan sampai satu tempat dia tak mahu jalan pula. Kebetulan pada masa itu ada salah seorang kaum buruh beritahu katanya boleh pakai kereta, maka dia pun sangat gembiralah, nak kawan kita pergi cari kereta. Kawan kita pun berundinglah dengan seorang driver kereta untuk membawanya. Kawan kita menghantar mereka dengan baik, hantar seorang ketua Platun dan seorang perajurit yang agak perwira bersama-sama dengan dua orang putih ini. Dua orang putih ini naik kereta, berjalan 8-9 batu bertemulah dengan sebuah kereta. Kereta itu lori membawa ikan. 

Yang sebenarnya tadi yang diberi tahu kaum buruh boleh membawa kereta itu ialah hantu. Dia telah membuat laporan kepada fasis Jepun, dengan ini mereka menyamar sebagai lori membawa ikan. Apabila bertemu, Fasis Jepun pun terjun turun ke bawah, dan menembak kereta kawan-kawan kita. Ketua Platun tadi dengan segera melompat ke bawah, seorang perajurit tadi juga dengan segera turun. Chek Man boleh tahan juga, dia turun ikut kawan kita. Akan tetapi manager tadi lembek, duduk di atas kereta, akhirnya ditembak mati oleh musuh. Maka 2 orang kawan dan Chek Man ini selamatlah berundur, tetapi sejumlah senjata telah hilang, hanya beberapa laras rifle itu selamat dibawa dengan basikal barulah dapat selamat bawa balik. 

Chek Man ini pada masa yang sudah ialah seorang pelajar pernah menjelajah ke gunung-gunung India dan menjelajah ke eskimo, sebab itu dia ada sedikit-sedikit pengetahuan dapat juga dia ikut-ikut kawan kita berundur. Tetapi apa bila balik ke pasukan dia cakap besar. Dia pun berceritalah bagaimana dia pandai berperang, pandai lawan musuh sebab itu dia dapat selamat balik. Sebenarnya dia ikut kawan kita sahaja. Kalau tak dapat ikut kawan kita, dia pun tak selamat. 

Chek Man ini juga, di dalam pasukan, kawan-kawan kita pernah minta dia menyampaikan sesetengah pengetahuan militeri. Dengan ini dia ada memberi sedikit sebanyak kursus kepada kawan-kawan kita, tetapi membawa kursus empat belas kali atau lima belas kali semua pengetahuan pun habis disampaikan, tak banyak bahan juga. Tetapi kawan-kawan kita nak dia menyampaikan pengetahuan militeri tadi nak ada cara, harus sentiasa dilayani dengan kopi, kalau ada kopi, maka dia pun rajinlah. 

Selainnya dia sentiasa pergi memburu, apabila dapat buruan kawan kita masak beri sedikit sebanyak kepada dia. Dia pun sangat gembira dan rajin memberi kursus. Tetapi apabila dia menembak tepat tak apalah, kalau tak tepat dia sentiasa memberitahu kawan-kawan katanya peluru tak baik. Maka satu kali tak baik, dua kali tak baik, apabila banyak kali tak baik, akhirnya tak ada siapa nak percaya kepadanya. 

Sampai satu masa Chek Man ini telah balik ke India, balik ke New Delhi. Pada masa itu Markas Besar British di New Delhi. Maka British menganggap dia ini kader penting, kader besar kerana dia seorang yang selamat sebab itu transfer dia balik. 

Selainnya ada satu rombongan lagi askar orang putih di Negeri Sembilan, lebih kurang 150 orang lebih. Orang-orang ini adalah tentera British, mereka juga melakukan perang pengrosakan. Tetapi orang-orang ini kita tak dapat membuat apa-apa kerja. Di antara mereka banyak sangat pertentangan. Yang dikatakan tentera British, sebenarnya mereka sentiasa berebut-rebut makanan, berbalah, bertumbuk dan lain-lain. Apabila mereka nak makan telor ayam atau nak makan ayam, mereka pun tukar dengan pistol atau jam tangan dengan orang ramai. Apabila mereka sakit, tak ada semangat tolong bantu. Oleh sebab itu, apabila sakit, tak berapa hari telah mati. Seorang mati, seorang lagi, seorang demi seorang, akhirnya 150 orang pun habis mati. Maka itu bukannya mudah, kawan-kawan kita berpuluh-puluh tahun berjuang pun tak mati, bahkan sihat pula. Tetapi mereka kerana tak ada semangat dan tak ada semangat tolong bantu pula, sebab itu tak tahan,tak sampai berapa lama sahaja semuanya sudah habis. 



10 VIRUS KOMPUTER PALING BAHAYA




1. Storm Worm
Muncul pada tahun 2006, disebut "Storm Worm" kerana tersebar via email dengan judul "230 dead as storm batters Europe". Storm worm adalah program Trojan house. Beberapa versinya boleh mengakibatkan komputer menjadi bots. Atau biasa digunakan hacker untuk spam mail melalui internet.


2. Leap-A/Oompa- A
Mac yang punya konsep 'security through obscurity' yakin tidak akan dirserang virus kerana OSnya menggunakan sistem tertutup. Tapi pada tahun 2006, virus Leap-A atau lebih dikenali sebagai oompa-A muncul tersebar melalui iChat pada Mac. Setelah Mac terserang, virus itu akan mencari kenalan melalui iChat dan mengkirim pesan ke tiap kenalan. Pesannya itu berisi file corrupt yang berbentuk JPEG. Memang tidak berbahaya, namun hal ini membuktikan bahawa masih ada virus berbahaya yang mampu menyerang MAC.


3. Sasser and Netsky
Penciptanya Sven Jaschan berasal Jerman baru berusia 17 tahun. Sasser menyerang Microsoft Windows. Sasser ini juga boleh tersebar melalui email. Jika satu komputer berhubung (connect) ke komputer yang kena virus ini, komputer tersebut tidak boleh dimatikan (shutdown) tanpa mencabut power. Netsky pula tersebar melalui email dengan 22 Kb attachment file dan jaringan Windows. Ia juga menyerang DoS. Sven Jaschan tidak dikenakan hukuman penjara, dia hanya diberi tempoh percubaan 1 tahun 9 bulan, kerana umurnya masih di bawah 18 tahun.


4. MyDome (Novarg)
Mula menyerang pada 1 Februari 2004, virus menghasilkan backdoor di OS. Pada 12 Feb, virus ini berhenti menyebar dan mulai menghasilkan backdoors. MyDoom tersebar via email dan search engines. Google mulai menerima jutaan permintaan pencarian dan mengakibatkan ia menjadi lambat dan akhirnya crash. Gara2 MyDoom, Senator US Chuck Schumer mengajukan kes ini kepada National Virus Response Center.


5. SQL Slammer / Saphire
Muncul pada Januari 2003, menyebar dengan cepatnya melalui internet. Virus inilah yang mengakibatkan perkhidmatan ATM Bank Amerika crash, hancurnya perkhidmatan 911 Seattle, dan Continental Airlines membatalkan beberapap penerbangan kerana error check in pada tiketing. Kerugian dijanga melebihi USD1 juta, sebelum virus ini dipatch.


6. Nimda
Tahun 2001, namanya diambil dari perkataan "admin" yang diterbalikkan. Penyebarannya sangat cepat, menurut TruSecure CTO Peter Tippet, Nimda hanya memerlukan 22 minit untuk menjadi top virus ketika itu. Sasaran virus ini ialah pada server-server Internet, menyebar melalui Internet. Nimda akan membuat backdoor ke OS. Maka penyerang boleh mengakses ke server dan membuat apa saja. Nimda juga menjadi DDoS.


7.Code Red & Code Red II
Muncul pada musim panas 2001, menyerang OS Windows 2000 & NT. Virusnya bakal mengakibatkan buffer penuh dan menghabiskan memori. Di White House, semua komputer yang kena virus ini dengan automatik mengakses web server di White House, mengakibatkan overload atau serangan DDoS. Akhirnya Microsoft sertamerta melancarkan patchnya saat itu juga.


8. The Klez
Muncul pada 2001, menyebar via email, replikasi dikirim terus ke email2 di address book. Mengakibatkan komputer gagal beroperasi, malah boleh menghentikan fungsi program antivirus.


9. ILOVEYOU
Setelah "Melissa", muncul virus ILOVEYOU dari Filipina yang berbentuk worm, program standalone dapat mereplikasi dengan sendirinya. Menyebar via email bertajuk "surat cinta" dari secret admired. Fail originalnya LOVE-LETTER-FOR-YOU.TXT. vbs. VBS adalah singkatan Visual Basic Scripting. Penciptanya adalah Onel de Guzman dari Filipina.


10. Melissa
Dicipta pada tahun 1999 oleh David L Smith, basicnya Microsoft Word macro. Menyebar melalui email dengan dokumen "Here is that document you asked for, don't show it to anybody else.". Sekiranya terbuka fail ini, virus akan replikasi dan dengan automatiknya mengirim ke top 50 di address book email. Smith dipenjara 20 bulan, denda $5000 dan dilarang akses komputer tanpa pengawasan.


10 KEMATIAN PALING TRAGIS DALAM PEMBIKINAN FILEM

10. Twilight Zone


Terkorban: Vic Morrow dan aktor cilik Myca Dinh Le (umur 7 th) dan Renee Shin-Yi Chen (umur 6 th)

Dalam segmen filem yang diarahkan oleh John Landis pada 23 Julai, 1982, pelakon Vic Morrow dan pelakon Myca Dinh Le kanak-kanak (umur 7) juga Renee Shin-Yi Chen (umur 6) meninggal dunia dalam kemalangan yang melibatkan sebuah helikopter yang digunakan. Helikopter yang telah di ketinggian hanya 25 kaki (8 meter), terlalu rendah untuk mengelakkan letupan yang digunakan dalam pembuatan letupan.
Kemalangan ini membawa kepada pengharaman ke atas dunia filem untuk mengharamkan Kanak-kanak terlibat dalam aktiviti-aktiviti berbahaya pada filem.

9. Top Gun




Terkorban: Art Scholl

Juruterbang aerobatic yang terkenal, Art Scholl, direkrut untuk melakukan penerbangan dalam scene filem untuk menghasilkan imej yang sempurna untuk filem tersebut. Art Scholl dalam skripnya diminta untuk melakukan spin flat, tetapi Scholl tidak dapat mengawal dan akhirnya pesawat yang diterbangkannya jatuh ke Lautan Pasifik, di selatan pantai California. Punca kemalangan masih tidak diketahui. Top Gun didedikasi untuk mengingati Art Scholl

8. The Return of the Musketeers

 


Terkorban: Roy Kinnear
Pada 20 September 1988, Madrid, Spanyol, aktor
Roy Kinnear telah patah tulang pinggangnya setelah jatuh dari kuda lalu
dia tak dapat di selamatkan.

7. The Flight of the Phoenix




Terkorban: Paul Mantz

Dalam produksi filem, 1965, Paul Mantz tidak menggunakan stunt untuk menerbangkan pesawat untuk hasil filem yang maksimum, tetapi dia melakukan kesalahan pada masa manuver take-off.

6. Jumper




Terkorban: David Ritchie

Untuk membuat adegan yang ditetapkan dalam satu Samuel Jackson, dengan menggunakan campuran pasir, tanah dan ais. Krew produksi, David Ritchie ditimpa pasirbeku dan tanah yang
ingin di punggah ke salah satu set outdoor, dimana cuaca ketika itu masih lagi dingin.

5. X*X




Terkorban: Harry L O’connor

Dalam satu lagak ngeri, Van Diesel perlu melakukan parasailing, tetapi nahas apabila ia melanggar sebuah jambatan.

4. The Final Season




Terkorban: Roland Schlotzhauer

Jurukamera terkenal yang selalu mengambil gambar berkualiti dari helikopter, nahas pada oktober 2007, dimana helikopter yg digunakan untuk mengambil gambar di filem ini telah terjatuh.

3. Troy




Terkorban: George Camilleri

Stuntman, Brad Pitt patah kaki pada ketika adegan pengambaran, dan tidak dapat diselamtakan lagi apabila dibawa ke Hospital, kerana darah beku pada luka tersebut.

2. The Crow




Terkorban: Brandon Lee (anak Bruce Lee)

Pada tarikh 31 Mac 1993 di North Carolina studios, Wilmington NC. Pada baki 8 hari untuk menyelesaikan filem tersebut, ada satu set dimana Lee (Eric Draven) menyaksikan tunangnya akan diperkosa oleh Michael Masse. Di dalam set itu Michal Masse menembak Eric Draven dan senjatanya berisi dengan peluru sebenar.

1. Enter the Dragon




Terkorban: Bruce Lee

Bruce Lee meninggal bukan kerana pembengkakan otak, tapi Penyusutan OTAK. Kerana pada saat autopsi otaknya di dapati menyusut 100cc, penyebab kematiannya di putuskan kerana keletihan. Para Martial Artist berpendapat hal tersebut terjadi kerana tubuh yang paksa melebihi hadnya, Contohnya begini: misalnya anda mengangkat beban, di titik tertentu anda akan merasa sangat-sanagt tidak berdaya utk melakukan angkatan tapi anda paksa sampai tubuh dan kepala anda bergetar, perkara inilah yang tidak elok. Bruce Lee melakukan ini setiap hari dan hampir setiap saat di mana dia tidak bekerja maka dia akan berlatih.

Ketika kematiannya atau lebih tepat iaitu setelah dia menyelesaikan pengambaran babak aksi untuk filem GAME OF DEATH yang mana merupakan filem terakhirnya. Bukan ENTER THE DRAGON. Sehinggakan ada rakan Bruce yang berkata jangan gunakan perkataan "DEATH" pada tajuk filem-filem Warner Bros.

Tambahan pula, filem GAME OF DEATH adalah satu satunya filem yang menggunakan mayat sebenar untuk scene kematian di mana watak utama akhirnya meninggal di penghujung cerita. Didalam adegan itu menunjukkan pengebumian Bruce Lee dan kelihatan mayat Bruce Lee yang sudah di balsem dan dimasukkan kedalam keranda yang disaksikan seluruh Hong Kong.











MISTERI TENGGELAM KAPAL TITANIC DAN SUMPAHAN PUTRI AMEN RA ?????


DARIPADA semua semua kisah luar biasa, sumpahan Puteri Amen-Ra yang hidup kira-kira 1,500 tahun Sebelum Masihi dikatakan cerita paling mengganggu dan sukar untuk dijelaskan kerana dipercayai menjadi penyebab kapal paling hebat pernah dibina, Titanic, tenggelam. Apabila meninggal dunia, mayat puteri itu dimasukkan dalam keranda kayu dan dikebumikan di Luxor, di tebing Sungai Nil.




Bermulanya Sumpahan

Sumpahan Amen-Ra bermula pada lewat 1890-an apabila empat lelaki Inggeris yang kaya melawat Luxor dan terdorong membeli keranda mengandungi mumia puteri itu. Mereka saling berlumba meletakkan harga tertinggi dan akhirnya keranda dimiliki salah seorang daripada lelaki berkenaan yang membayar harga sehingga beribu Pound.

Dia membawa keranda itu balik ke hotel penginapannya dan beberapa jam kemudian lelaki itu dilihat berjalan seorang diri ke arah gurun dan tidak pernah kembali lagi ke penginapannya sejak itu. Keesokan hari, salah seorang daripada tiga yang masih ada di hotel itu ditembak secara tidak sengaja oleh pembantu berketurunan Mesir. Tangannya cedera teruk sehingga terpaksa dipotong.


Lelaki ketiga tidak terkecuali menerima nasib buruk sebaik kembali ke tanah air apabila mengetahui bank yang menyimpan wangnya muflis, manakala rakannya yang dulu kaya raya mengalami sakit teruk hilang kerja dan terpaksa menjual mancis di jalanan.

Bagaimanapun, keranda berkenaan tiba di England dan dibeli oleh seorang ahli perniagaan tetapi dia mendermakannya kepada Muzium Britain selepas tiga anggota keluarganya cedera dalam kemalangan jalan raya dan rumahnya dijilat api.



Misteri terus melingkari keranda itu apabila trak yang digunakan untuk mengangkutnya ke muzium tiba-tiba berundur ketika kerja memunggah dilakukan. Ketika diangkat menaiki tangga oleh dua pekerja, seorang daripadanya terjatuh dan patah kaki, manakala seorang lagi, yang sihat, meninggal dunia secara mengejut dua hari kemudian.

Sebaik keranda puteri itu diletakkan dalam Ruang Mesir di muzium itu, masalah lain pula timbul. Penjaga malam muzium melaporkan kerap mendengar suara tangisan dari dalam keranda. Apabila seorang pengunjung mengejek wajah yang dicat pada keranda itu, anaknya meninggal dunia disebabkan campak tidak lama kemudian.

Akhirnya, pihak berkuasa terpaksa memindahkan mumia itu ke bawah tanah dengan harapan ia tidak lagi mencetuskan masalah. Namun, ia tidak menjadi kenyataan kerana dalam masa seminggu, seorang pembantu sakit teruk dan penyelia yang bertanggungjawab memindahkan keranda itu ditemui mati di mejanya.




eorang jurugambar yang mengambil gambar keranda itu mendapati cat padanya jelas menunjukkan wajah manusia yang menakutkan. Dia kemudian balik ke rumah, mengunci diri dalam bilik tidur dan menembak dirinya.

Kisah paling menarik mengenai sumpahan Puteri Amen-Ra ialah apabila seorang pakar arkeologi yang menganggap apa yang terjadi cuma kebetulan, membayar harga mahal untuk memiliki mumia itu dan mengatur pemindahannya ke New York.

Pada April 1912, pemilik baru mayat Amen-Ra mengiringi keranda itu menaiki kapal persiaran yang akan melakukan pelayaran bersejarah ke New York. Pada malam 14 April, keranda Amen-Ra mengiringi mayat 1,500 penumpang yang tenggelam ke dalam lautan Atlantik apabila Titanic, yang dikatakan tidak akan tenggelam kerana memiliki ciri-ciri keselamatan tercanggih ketika itu, karam selepas terlanggar bungkah ais.





29 RAHSIA NEGARA YANG ANDA PATUT TAHU





PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA
(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.

4.Pernah berlaku pemberontakkan “Mutiny on ship” dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 – 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13. Filiphina pernah “mengacah” sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.

16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)

20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, “Berani tetapi Gila” dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk ..

Sabtu, 17 Disember 2011

Najib Naik Bas Temui Rakyat? Cubalah Tengok Ruang Dalam Bas Tersebut!!!




NAJIB menaiki bas sempena lawatan kerja sehari ke Perak di Ipoh semalam.



Kosmo PM dan suami serta anggota rombongan menaiki bas menelusuri jalan raya di Perak menuju ke destinasi yang telah diatur dalam lawatan kerjanya.

Kata Najib, "Dulu naik kereta, kali ini kita naik bas jumpa rakyat, mesejnya nak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dengan rakyat."

Fuh! Tanpa berfikir panjang sudah tentu mak cik dan pak cik di kampung "cair" dengan kata-kata PM ini. Kalau mereka membaca akhbar Kosmo hari ini tentu tersentuh dengan drama Najib.

Kata Najib lagi, "Tak boleh pisah antara satu sama lain dan ini akan bawa pemimpin dekat dengan rakyat," ketika menghadiri jamuan Aidilfitri bersama Perdana Menteri di Taman Soon Choon.

Lima buah bas digunakan dalam lawatan kerja Najib ke Perak itu bermula dari Ipoh ke Gopeng sehingga ke Sungai Siput sejauh kira-kira 50 kilometer untuk bertemu rakyat pelbagai bangsa termasuk masyarakat Orang Asli di Lasah, Sungai Siput.

Cuba lihat ruang dalaman bas yang dinaiki Najib di bawah ini. Gambar ini disiarkan dalam portal berita BH yang dipetik daripada Bernama semalam. Ironinya, gambar ini tidak kelihatan dalam mana-mana portal berita hari ini.





Adakah dengan menaiki bas mewah ini PM dapat merasai kesusahan rakyat? Adakah menaiki bas ini PM dapat membuang protokol antara pemimpin dengan rakyat? Bas macam ini biasanya dinaiki oleh orang-orang kaya dan selebriti terkenal.

Kalau benar PM mahu merasai kesusahan rakyat, mengurangkan protokol antara pemimpin dengan rakyat, cubalah naik bas seperti di bawah ini.



Untuk pengetahuan anda, Syarikat Wai Thong Omnibus ini adalah salah satu syarikat pengangkutan awam yang menyediakan perkhidmatan bas menghubungkan bandar Kuala Kangsar dengan beberapa daerah berhampiran.  Sudah puluhan tahun syarikat ini beroperasi, walaupun bermacam-macam rungutan telah dilontarkan oleh pengguna yang menggunakan khidmat basnya. Sumber gambar: Dango Mamamat.

Kalau tidak mahu menaiki bas di atas, naiklah bas di bawah ini, yang lazim digunakan oleh orang ramai untuk pulang ke kampung dan destinasi lain. -