Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 19 Disember 2011

Isu Perkauman adalah jalan terakhir UMNO, Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 Mesti Diulangi





Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 Mesti Diulangi.Umno dlam keadaan ketakutan .Apa yang saya ingin tulis ini adalah suatu perkara yang benar.Dan perkara ini tidak pernah tercatat di dalam lipatan sejarah.Saya baru mengetahui perkara ini apabila ayah membuka mulut mengenai peristiwa 13 MEI yang sebenar.Dan perkara ini menjadi rahsia keluarga kami kerana ianya fakta sangat memeranjatkan.Kita perlu sedar bahawa sesuatu perkara ,,,, peristiwa dan sewaktu dengannya boleh dimanupulasi.Saya ambil contoh paling mudah,,kitab Allah,,Taurat dan injil sebagai buktinya..Bahawa sesuatu tu boleh disembunyikan dan dipadam untuk memenuhi nafsu sesetengah pihak untuk menyembunyikan perkara yang sebenar demi kepentingan sesuatu pihak..


Tiada satupun dokumen awam atau buku sejarah  yang mengatakan Umno aka Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu adalah punca kepada tragedi berdarah yang mengorbankan ratusan rakyat Malaysia khasnya di Kuala Lumpur dalam Tragedi Hitam 13 Mei 1969.  Yang tidak tersurat tetap kukuh tersirat!

Generasi pertama selepas 1969 sekarang berusia 41 tahun. Mereka tidak merasai  tragedi hitam itu tetapi babak demi babak dalam peristiwa itu telah menghangatkan darah yang mengalir dalam tubuh mereka.

Perasaan  Melayu dipersekitaran akhir tahun 1960an itu dihangatkan olih perasaan marah, benci dan menyampah yang teramat terhadap bangsa asing, Cina khususnya!

Cina bangsa yang tidak sedar diri diuntung!
Cina bangsa yang menipu anak jati Tanah Melayu!
Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!
Cina adalah puaka yang mencelakakan Melayu

Inilah kata kata pemimpin umno yang membangkitkan semangat asabiah bangsa melayu.Kita di provokasi dengan masyarakat cina supaya melayu secara otometiknya berpaut pada umno dan menyokong padu umno yang kalah begitu teruk dalam pelihan raya.Akan tetapi ,sebenarnya saya ulangi melayu tidak kalah dalam pilihan raya sebaiknya dipergunakan sentimen perkauman ini supaya melayu yakin bahawa umnolah satu satunya parti gergasi melayu.

Siapa yang tak marah bile bangsa kita dicerca.Begitu juga masyarakat cina,masyarakat cina merasa begitu marah kerana umno cuba untuk bermain api perkauman.Atas sebab itulah masyarakat cina bangun membela bangsa mereka yang cuba dihina oleh melayu-umno.Ada sesetengah masyarakat cina berasa begitu hampa tinggal bersama dengan masyarakat melayu di Persekutuan Tanah Melayu.Jadi sebagai protes,sesetengah masyarakat cina mengibarkan bendera Negara China.

Saya masih bergelar pelajar. Datuk saya,   adalah bekas setiausaha umno Bahagian Negari Melaka,datuk saya ketika itu digelar orang kaya melayu  tunggal sebuah kampung di Melaka kerana datuk saya merupakan satu satunya tauke ladang getah(menurut kata ayah) berbangsa melayu dan yang selainnya berbangsa cina.Jadi ayah pernah bercerita bahawa datuk saya ramai rakan kongsi cina.  Ayah saya pula  adalah bekas  Ketua Pemuda UMNO Bahagian ketika itu berusia sekitar 21 tahun dan meletak jawatan  sekitar 23 tahun.Kemudian ayah saya berhijrah ke Pasir Gudang johor untuk mencari kerja.Kekayaan keluarga menyebabkan ayah alpa untuk belajar di sekolah..Semasa kecil,hidup ayah saya lebih banyak bersama ternakan datuk saya yang terdiri daripada lembu,, kerbau dan ayam..Datuk saya juga mempunyai sawah bendang di belakang rumahnya.

Saya dilahir dan dibesarkan dalam persekitaran keluarga dan masyarakat yang kental darah umno nya.Keluarga sebelah ibu saya boleh tahan dengan umnonya. Sejak belum masuk alam persekolahan saya telah dibawa oleh ayah untuk bersamanya dalam majlis-majlis politik kepartian. Dia bermesyuarat di dalam dewan, kami (anak-anak) bermain di luar dewan. Dia membantu dalam pilihanraya, kami anak-anaknya turut ditugaskan menampal poster dan mengedar risalah.


Dunia saya adalah dunia umno! Saya begitu bangga berbaju batik yang penuh dengan lambang umno. Hebat umno, kalau tiada umno, Melayu akan mati kebuluran! Kalau tiada umno, air tidak akan mengalir dalam besi dan Melayu masih menggali perigi...!!! Itu sedikit sejarah darah yang mengalir dalam diri ini.HAHHAHAHAHAHA.........


Cina bangsa yang tidak sedar diri diuntung!
Cina bangsa yang menipu anak jati Tanah Melayu!
Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!
Cina adalah puaka yang mencelakakan Melayu!

Manakala tregedi 13 Mei 1969 adalah Tugu Masa Perjuangan Melayu menyelamatkan Tanah Melayu daripada jatuh ketangan Cina !!


Hebatkan!!

Hebat sungguh Melayu umno!!!

Hebat sungguh Melayu umno menanam RASA BENCI,,DENDAM DAN BERMUSUHAN SESAMA RAKYAT..semata2 untuk kepentingan parti.Oleh kerana datuk sebelah ayah saya ramai rakan cina,,maka sahabat cinanya mula membuka cerita yang sebenar .Bukan seorg dua,,,tetapi ramai rakanya mengesahkan perkara itu..

Pada suatu hari saya ada membeli dan membaca buku mengenai 13 Mei,,,karangan TUNKU ABDUL RAHMAN...



Ayah lantas menceritakan perihal keluarganya dan salasilah keluarga saya,,semasa era senyap inilah limpahan sejarah sebenar tentang siapa umno dan kenapa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 "TERPAKSA" diadakan telah dibisik kemas ke telinga dan dititip rapi ke lubok hati olih insan yang saya kasihi, ayah.

- Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak akan terjadi andainya parti umno/Perikatan tidak kalah teruk dalam pilihanraya umum. Bangsa Melayu tidak kalah dalam pilihanraya sebenar, yang kalah adalah parti umno/Perikatan.Perkara ini diakui sendiri oleh TUNKU ABDUL RAHMAN...bapa boneka british....

- Semangat perkauman dikalangan Melayu terpaksa dibakar untuk mengalihkan perhatian bangsa Melayu kepada umno.

- Yang berlari, yang mengejar dan dikejar. Yang memukul dan yang dipukul, yang membunuh dan yang dibunuh adalah bangsa Melayu yang perasaan mereka telah dibakar api kebencian sesama insan olih pemimpin umno!

- Yang rugi, cacat, cedera dan yang mati adalah Melayu bawahan, rakyat miskin yang dibonekakan olih pemimpin umno untuk segaja mencetuskan huruhara agar MAGERAN dapat diumumkan! Bila MAGERAN diumumkan, kuasa tidak berganjak dan kekal dipegang olih umno. Melayu tetap layu, dilayukan olih pemimpin Melayu umno!

- Katanya; "Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!". Tanyalah Cina mana atau Melayu jahanam mana yang mencelakakan kedaulatan Pulau Batu Putih?


- Katanya; "Cina bangsa yang menipu anak jati Tanah Melayu". Selidikilah Cina mana atau Melayu puaka yang menipu anak jati Melayu sehingga tergadainya warisan negara di Tanjung Pagar, Singapura?

- Katanya; "Cina bangsa yang tidak sedar diri diuntung". Cina mana atau Melayu laknat yang tidak sedarkan diri dan merogol kedaulatan diri memalukan bangsa sendiri?

- Katanya; "Cina adalah puaka yang mencelakakan Melayu". Kajilah Cina mana atau Melayu harami yang bersekongkol dengan perompak merakus harta negara?

Caturan politik perkauman 1969, mereka berjaya. Umno berjaya membakar semangat Melayu demi hasrat haprak mereka. Mereka membakar semangat bangsa Melayu agar permusuhan kaum bermaharajalela dan mereka terus berkuasa! Permainan yang sama tetapi di padang yang berbeda mereka cuba ulangi. Kali ini bukan dengan isu perkauman sahaja tetapi digaramkan dengan isu kaagamaan. Kepala lembu dan kepala babi dijadikan mainan olih pewaris pencetus insiden 13 mei 1969 untuk mencetuskan huruhara yang harubiru! Malangnya mereka kecundang!Akhirnya ramai orang melayu terpaut hati pada umno dan merasa terhutang jasa pada umno....Sebab itu tak hairan kalau P.Ramlee pernah mengatakan umno itu sarkis yang diselitkan babaknya dalam filem "pendekar bujang lapuk" ketika mereka berada dihadapan sekolah buta huruf...Tetapi kekika saya menyaksikan filem ini di TV3 babak ini sudah dipotong seolah olah memberi gambaran bahawa umno itu sedar bahawa dirinya diperli oleh P.Ramlee......SARKIS....SARKIS....

Bukan! Tragedi seumpama 13 Mei 1969 bukan yang rakyat inginkan. Ia bukan budaya kita tetapi ia dilakar-acahkan olih pemikir rakus yang gila kuasa akibat badi hasutan syaitan belaan umno!



Dalam derita kecundang yang memberakan, nafsu serakah dan kerakusan mereka tidak kunjung padam. Mereka mengatakan demi keselamatan, tender mesti melalui perundingan langsung dan harga meningkat tidak harus dipertikaikan! Hebat!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan