Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 17 Disember 2011

Teori konspirasi terkenal di dunia

                          


Banyak teori konspirasi yang wujud di dunia ni terutamanya sejak wujudnya internet ni. Macam2 bukti didakwa betul yang datang dari internet tapi nak percaya ke tidak, itu terserah kepada individu tu. Aku pun ada yang percaya, ada yang tak berdasarkan bukti dan logik akal aku macam video raja arab yang aku tunjuk sebelum ni. Yang paling hangat di dunia sekarang ni termasuk di Malaysia ni iaitu teori pergerakan Freemason menakluki dunia dengan New World Order. Setakat ni aku cuma percaya apa yang diterangkan oleh rancangan dokumentari sebab dia ada tunjukkan peraturan macam mana nak mengenali benda tu Freemason ke tak. Kalau setakat ada gambar bintang, kambing, isyarat tangan, baik masukkan sekali kambing dalam senarai najis binatang mughallazah tu. Syarat untuk tahu benda tu Freemason atau tak ialah melihat simbol, bentuk, pengiraan matematik, tarikh, lokasi, tujuan, perkara yang terjadi, kesinambungan peristiwa selepas tu dan sebagainya baru dijatuhkan bahawa benda tu Freemason. Kalau setakat nampak bentuk bulat sikit dah kata mata Freemason, korang korek je lah mata korang tu, dah takde guna dah pasal mata pun nak buat bergaduh. Benda ni kena buat bincang ramai2, tak boleh buat teori sorang2. Skuad The Arrival pun ada 5 orang aktivis yang memang berpengalaman habis dalam buat rancangan dokumentari sendiri. Sekarang ni Noreagaa dan Achernahr disahkan bersara lepas dapat macam2 ugutan seperti bunuh, murtad dan sebagainya.

Cukup aku membebel, jom usha perkara tajuk asal ni, 5 teori konspirasi terkenal dunia!

1. Serangan 9/11 Dirancang Oleh Orang Dalam Kabinet Amerika Sendiri






Benda ni memang terkenal sejak banyak benda yang suspicious berlaku dan didedahkan satu demi satu dari keadaan George Bush sebelum letupan sehinggalah tamatnya perang di Afghanistan. Erm, antara konspirasi yang paling tepat sekali untuk didakwa menjadi betul


2. Pendaratan Alien Di Roswell





Alien ni masa kecik2 aku percaya la. Dah besar, peh segalanya mengarut!Ahli astronomi dah meneroka alam semesta ni sejauh berbillion2 tahun cahaya dengan teleskop, takde satu pun planet yang mampu menyediakan atmosfera yang sebaik Bumi untuk membolehkan hidupan hidup. Planet ada air tu biasa la, tapi planet yang ada tumbuhan, oksigen, tekanan udara yang sesuai dan sebagainya takde yang sepadan dengan Bumi. Kalau ada pun alien ni, bila sampai Bumi konfem tak boleh hidup sebab diorang hidup dalam suasana atmosfera yang lain. Kita hidup pakai oksigen, diorang hidup pakai benda lain agaknya,haha.

3. Pembunuhan John F Kennedy

  


 JFK ni terkenal sebab antara pemimpin terkenal Amerika kerana memulakan kariernya hanya sebagai pelakon. Kematiannya akibat dibunuh disangsikan apabila ada yang mendakwa wujud tangan2 ghaib yang cuba membunuhnya termasuk dari CIA, FBI, KGB, Federal Reserve dan sebagainya. Kenapa nak bunuh dia?Sebab orang kata dia ni antara pemimpin yang bekerja untuk rakyat Amerika

4. Pendaratan Manusia Di Bulan Adalah Palsu




Didakwa Amerika cuma berlakon akan pendaratan ni demi memenangi Perang Dingin dengan Rusia di mana angkasawan Rusia, Yuri Gagarin berjaya menjadi manusia pertama mengelilingi Bumi di ruang angkasa.Ni cerita betul. Amerika yang terdesak dengan kecanggihan Rusia tu, mendakwa 3 angkasawan mereka merupakan manusia pertama menjejak bulan. Memang negara kuat menipu betul 

5. Serangan Pearl Harbor


Serangan ni merupakan antara serangan yang penting dalam sejarah dunia kerana ia menandakan penyertaan Jepun dalam Perang Dunia Kedua(Macam World Cup pulak boleh jadi peserta ke tak!) dan memiliki kontroversinya yang tersendiri.

Ada pihak mendakwa bahawa presiden Amerika waktu itu, Roosevelt(FDR) mengetahui bahawa serangan itu akan dilakukan dan sengaja membiarkan serangan itu berlaku demi memancing Hitler merancakkan Perang Dunia Kedua(serius diorang buat macam main bola je Perang Dunia ni.Boleh ada masa rancak2 pulak,haha!). Semua kod rahsia Jepun didakwa telah dipecahkan sebelum itu maka mustahil pihak tentera tidak bersedia dengan serangan itu. Kenapa serangan ni boleh pancing Hitler, rujuk Wikipedia .









Tiada ulasan:

Catat Ulasan