Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 16 Disember 2011

NYIRU MENUTUP BANGKAI~~~~`~~~

     


FAKTA: RUJUKAN DARI SUMBER SAHIH ARKIB NEGARA MALAYSIA
Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu
itu adalah tepat dan benar. Pada bulan Ogos ini United Malay National
Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan malapetaka ini United Malay
National Organsiation akan membuka kisah-kisah dongeng tentang
perjuangan mereka.
Mereka menaburkan kisah dogeng bahawa mereka
bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang
bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British.
Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala
bana jenis apa ini?
Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat
Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini
berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang
diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan
British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak
tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan
Bristish. Ini hakikat dan fakta sejarah.
Sila pergi lawati Taman
Tasik di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa
Pustaka, Kuala Lumpur, kita akan bertemu dengan kubur soldadu upahan
dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British
maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.
Dalam serangan ke atas
Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera.
Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti
Komunis Malaya untuk menghalau British. Memang betul soldadu dalam
Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat
Indera juga Melayu
Dalam serangan ini bukan Melayu atau
Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis
perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua
garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National
Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari
ini.
Sekali lagi saya ingatkan bahawa serangan ke atas Rumah
Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British
memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.
Pejuang Mat
Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini.
Terbukti kisah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk
sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan
muncul.
Akhirnya Mat Indera (foto - yang diambil dari sumber
sejarah Arkib Negara) mati digantung oleh British. Pejuang nasionalis
kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru.
Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?
Pasti
jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British.
Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut
untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak
buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat
sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut
lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.
Ini
fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM –
Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938..... sila lihat
tarikh ini... 1938. Slogan mereka ialah MERDEKA.
United Malay
National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini
ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka.
Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga
ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.
Bulan Ogos
ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun
warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi
pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu
juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila
British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National
Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.
Kepada
generasi muda yang kurang faham biar diterangkan di sini. Pada tahun
1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian
Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu
telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial
Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat
Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke
Colonial Office di Kew Garden, London atau ke Arkib Negara sendiri.
Semua bahan sejarah ini wujud di sana. Busuk busukpun British mereka
TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang
berbeza. Ini British - mereka main kriket bukan main guli.
Kalau
tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia
Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin.
Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin
Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.
Justeru, kenyataan Mat Sabu
berasaskan fakta. Tidak ada apa-apa penghinaan. Menyangkutkan Mat Sabu
dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila
jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada
Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. . Sila lihat dan baca
fakta sejarah. Jangan malas membaca dan mengkaji. Jangan jadi Melayu
yang malas. Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca
dan mentelaah.
Justeru, amat jelas bahawa United Malay National
Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang
Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa-apa
kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak
watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Perancis.
Lagu ini wajib dilupuskan.
Satu lagi bukti yang jelas ialah
bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah
Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera
Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri
menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka
bendera baru.
Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan
tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku.
Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk
berebut untuk menjadi barua British.
Tidak ada apa apa yang
hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila
Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa
terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad
yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak
hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika
itu tidak ada pula yang berani menuduh Kuttyy ini tidak hormat pada
Tunku.
Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit
Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan
mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.
Biar
saya tuliskan di sini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka
BUKANdipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka
MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah
mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil
RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah
ini ramai rakyat telah dipasong.
Justeru serangan pada 23
Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di
Rumah Pasong Bukit Kepong. UNTUK LEBIH JELAS, SILA BUAT RUJUKAN SENDIRI
DI ARKIB NEGARA, KUALA LUMPUR.. DI SITU NANTI ANDA AKAN TAHU LEBIH
BANYAK LAGI KISAH DONGENG GEROMBOLAN UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan